PERATURAN DAN PANDUAN KEPADA
SEMUA ANAK DIDIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF
, 31007 BATU GAJAH.
PERATURAN BILIK DARJAH.
- Peraturan
bilik darjah ini hendaklah dikuatkuasakan setiap hari.
- Meja dan kerusi murid hendaklah disusun kemas dan rapi.
- Papan tulis dan kawasan sekelilingnya mestilah dalam keadaan kemas dan
bersih.
- Nama Ketua Kelas, jumlah murid, jumlah murid hadir, jumlah murid tidak
hadir hendaklah dituliskan dengan kemas pada sudut atas kanan papan tulis
itu.
- Cebisan kertas dan sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul
sampah dan tidak ditinggalkan bersepah-sepah di atas lantai atau tersorok
di dalam meja-meja murid.
- Gambar-gambar dan gambarajah hendaklah ditampalkan pada dinding bilik darjah. Sudut-sudut mata
pelajaran hendaklah diwujudkan dan sentiasa kemaskini.
- Lorong-lorong
yang bersebelahan dengan bilik darjah mestilah dalam keadaan bersih dan
kemas.
- Semua suis
kipas dan lampu hendaklah dipadamkan ketika murid-murid hendak
meninggalkan bilik darjah. Suis-suis lampu seboleh-bolehnya dimatikan pada
jam 9.00 pagi dan suis-suis kipas seboleh-bolenya dihidupkan selepas jam
9.30 pagi. Tindakan sebegini akan membolehkan tenaga letrik digunakan
dengan tidak membazir. Ketua Kelas metilah memastikan perkara ini
dipatuhi.
- Murid-murid
perlu ditugaskan bergilir-gilir untuk menjaga kebersihan dan kekemasan
kelas. Seorang murid perlu dilantik sebagai ketua dalam giliran tersebut
bagi membantu Kretua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
- Murid-murid
perlu dilatih supaya tidak menggoyangkan kerusinya di atas dua kaki
kerusinya. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan kerosakan pada kerusi
tersebut dan boleh membawa kecederaan kepada penggunanya.
- Sebarang
perabut yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan mestilah dilaporkan kepada
Pengawas Stok Perabut atau Guru Penolong Kanan (P) dengan segera supaya
tindakan membaikinya dapat dijalankan oleh Pekerja Rendah Awam.
- Murid-murid
tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sewaktu rehat dan tidak
dibenarkan makan dan minum dalam bilik darjah kesuali mendapat kebenaran.
- Apabila guru tiada dalam bilik darjah, murid-murid dilarang membuat
bising. Mereka hendaklah membuat kerja-kerja yang berfaedah. Ketua Kelas
atau Penolong Ketua Kelas atau wakilnya perlu memaklumkan ketiadaan guru
dalam kelas kepada Guru Kelas atau Guru Kanan.
- Sekiranya murid-murid membawa wang saku yang berlebihan, ianya
hendaklah jangan disimpan dalam meja murid. Wang itu perlu dibawa
bersamanya. Murid-murid dinasihatkan membawa sejumlah wang yang berpatutan
untuk dirinya dalam satu hari berkenaan.
- Murid-murid adalah dilarang dari memakai barang-barang kemas yang
mahal harganya. Jam tangan atau peralatan tulis yang tidak mahal harganya
boleh dipakai atau digunakan. Murid-murid perlu bertanggungjawab dan
menanggung risiko sendiri atas kehilangan harta atau peralatan yang
dibawa, dipakai atau digunakannya
UNDANG-UNDANG PERSEKOLAHAN.
Peraturan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(Professional K.P. Bil 8/68)
- Murid-murid
dilarang:
1.1.
Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.
1.2.
Mengancam penuntut-penuntut
yang lain.
1.3.
Menghisap rokok dan meminum
minuman yang memabukkan.
1.4.
Melanggar peraturan-peraturan
dan undang-undang yang disediakan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
1.5.
Merosakkan dan membinasakan harta benda sekolah.
- Pakaian murid-murid semasa di sekolah.
2.1.
Memakai pakaian yang bersih, selesa,
kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
2.2.
Murid lelaki boleh memakai
seluar pendek atau panjang berwarna biru tua, baju kemeja lengan pendek atau
panjang berwarna putih.
2.3.
Hujung baju bahagian bawah
hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
2.4.
Murid lelaki juga digalakkan
memakai pakaian Melayu berwarna putih dan bersampin warna biru tua pada hari
Jumaat.
2.5.
Hanya songkok berwarna hitam
atau biru tua sahaja dibenarkan untuk dipakai di sekolah.
2.6.
Murid lelaki keturunan Punjabi
dan beragaama Sikh jika perlu boleh memakai serban berwarna hitam atau biru
tua.
2.7.
Murid perempuan boleh memakai
baju lengan panjang atau lengan pendek berwarna putih dan gaun berwarna biru
tua.
2.8.
Murid perempuan juga boleh
memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.
2.9.
Murid perempuan juga boleh
memakai kain tudung berwarna putih atau memakai reben ikat rambut berwarna
putih atau biru tua.
2.10.
Kemeja T berwarna putih yang
tidak bertulis apa-apa kecuali yang ada kaitan dengan sekolah dan seluar trek
berwarna biru tua atau warna lain yang dibenarkan oleh pihak sekolah hendaklah
digunakan semasa P&P Pendidikan Jasmani dan aktiviti luar bilik darjah.
2.11.
Murid-murid juga dikehendaki
memakai kasut dan sarung kaki berwarna putih.
2.12.
Hanya tali pinggang yang tidak
lebih 4cm. lebar dan berwarna gelap boleh dipakai oleh murid-murid semasa di
sekolah.
2.13.
Pakaian murid-murid juga perlu
lengkap dengan lencana Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf.
2.14.
Pakaian-pakaian dan warna-warna
lain dari yang disenaraikan di atas
hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran Guru Besar terlebih
dahulu.
- Rambut.
3.1.
Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang
dan istilah rambut panjang adalah seperti berikut;
3.1.1. Dibelakang, panjang rambut melebihi garisan
pertengahan di atara dua telinga.
3.1.2. Di
hadapan, panjang rambut menutupi garisan tengah dahi.
3.1.3. Di sebelah tepi,
rambut menutup telinga atau atau sebahagian daripadanya dan tidak melebihi
garisan tengah hidung.
3.1.4. Rambut melebihi 15 cm. panjang.
3.2.
Tiap-tiap murid perempuan yang berambut panjang sehingga
jatuh ke bahu dan enggan memotong pendek, mereka dinasihatkan mengikat rambut
masing-masing supaya tidak terjatuh ke bawah hungga menutup wajah. Ikatan
rambut sebagai ekor kuda boleh dibenarkan. Pastikan rambut diikat kemas.
- Kebersihan.
Murid-murid dikehendaki;
4.1.
Membuang sampah di bakul-bakul atau tong-tong sampah yang disediakan.
4.2.
Menjaga kebersihan bilik darjah, bilik khas P&P,
tandas, bangunan dan kawasan sekolah.
4.3.
Menjaga kebersihan peralatan
sekolah termasuk tempat basuh tangan dan lain-lain.
- Waktu
Persekolahan.
5.1.
Murid-murid dikehendaki sampai di sekolah
selewat-lewatnya 5 minit sebelum loceng berbunyi.
5.2.
Memberitahu Guru Kelas sebab-sebab tidak hadir ke
sekolah dengan cara bertulis atau lisan adalah penting dibuat oleh murid atau
ibu/bapa/penjaga murid. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari
berturut-turut tanpa memberi alasan akan diambil tindakan.
5.3.
Murid-murid tidak boleh berjalan berpusu-pusu di
kaki lima, berhampiran dengan Pejabat Am, Pejabat Guru Besar, Bilik Guru Kanan
dan Bilik Guru.
5.4.
Jika ada urusan dengan pihak pejabat sekolah, murid
hendaklah mengetuk pintu dan masuk apabila dibenarkan dengan mengucapkan ucapan
selamat.
5.5.
Jangan membuat bising dan mengganggu ketenteraman di
dalam atau di luar bilik darjah.
5.6.
Murid tidak boleh keluar dari bilik darjah waktu
pelajaran sedang berjalan. Kalau ada hal yang mustahak, hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar, Guru Kelas atau Ketua Kelas.
5.7.
Murid tidak boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa
mendapat kebenaram Guru Besar, Guru Kanan atau Guru Bertugas.
5.8.
Ketuk pintu, dan berikan ucapan selamat sebelum
masuk ke kelas semasa guru sedang mengajar.
5.9.
Bila loceng masuk kelas dibunyikan, segera berbaris
berdua-dua di kaki lima
kelas masing-masing atau di tempat lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
5.10.
Murid tidak boleh berada di kantin selain waktu
sebelum masuk ke kelas dan waktu rehat. Kebenaran khas dari Guru Kelas, Guru
Penolong Kanan atau Guru Besar perlu diperolehi jika murid terpaksa memerlukan
masa makan selain dari waktu rehat.
5.11.
Bagi Kelas Pindahan, murid-murid hendaklah berbaris
berdua-dua dengan kemas dan tidak bising. Kemudian barulah boleh berjalan
berdua-dua menuju ke kelas, padang
atau bilik yang ditetapkan. Murid-murid mestilah tidak berada dalam keadaan
kelam-kabut.
5.12.
Murid-murud dilarang sama
sekali bermain berhampiran dengan pagar sekolah.
5.13.
Untuk keselamatan, murid dilarang berlari di tangga
atau kaki lima
sekolah.
5.14.
Semasa rehat, murid-murid dilarang memanjat pokok
atau duduk di atas tunggul-tunggul kayu yang tinggi.
5.15.
Sewaktu menghadiri aktiviti kokurikulum atau kelas
tambahan di sebelah petang, murid-murid dikehendaki datang pada waktu yang
ditetapkan dan terus pulang ke rumah selepas menjalani aktiviti tersebut.
Murid-murid ditegah sama sekali mandi di lombong atau sungai atau merayau-rayau
di pekan atau di kawasan belukar.
5.16.
Murid-murid adalah dinasihatkan supaya tidak
berbasikal atau berjalan berseorangan diri semasa datang ke sekolah atau
kembali ke rumah.
5.17.
Murid-murid adalah dinasihatkan supaya tidak
mengikut sesiapa sahaja yang tidak dikenalinya walau ke mana pun. Maklumkan
kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau guru-guru lain atau pengawal
keselamatan atau anggota polis yang bertugas jika berasa mendapat gangguan atau
dibuli oleh orang-orang yang dikenali atau tidak dikenalinya.