INFO TUGAS GURU


SENARAI TUGAS GURU  SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF , 31007 BATU GAJAH.


1. GURU BESAR.

WAKTU BERTUGAS:                        Isnin – Khamis:       7.30 pagi – 01.00 th.               2.00 ptg. – 4.30 ptg.

                                                                Jumaat:                    7.30 pagi – 12.15 th.               2.45 ptg. – 4.30 ptg.



Mengetuai sekolah dan bertanggungjawab kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah ke atas kelicinan dan kesempurnaan pengurusan bidang-bidang seperti berikut:

1.1.   Pengurusan dan Kepemimpinan.

1.1.1.           Mengetuai pengurusan dan kepemimpinan bidang pendidikan di sekolah.

1.1.2.           Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa dan ahli serta pemimpin masyarakat dengan sekolah, PPD dan JPN.

1.1.3.           Mengambil tindakan tentang laporan rasmi pegawai-pegawai Kementerian  Pendidikan Malaysia, Jamaah Nazir Sekolah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan pejabat-pejabat serta agensi kerajaan yang lain.

1.1.4.           Menyelenggarakan pembangunan dan bekalan fizikal sekolah.

1.1.5.           Berusaha mengagih-agihkan tugas kepada pegawai-pegawai di bawah pentadbiran dan pengurusannya.

1.1.6.           Berperanan sebagai Penasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

1.2.   Pejabat.

1.2.1.           Merancang dan menyelaras sistem fail bagi segala rekod-rekod perihal peribadi dan institusi.

1.2.2.           Memastikan semua pengurusan sekolah berjalan dengan sempurna.

1.2.3.           Mengawas dan menyimpan segala rekod-rekod peribadi guru-guru dan staf sokongan, serta membuat laporan nilaian prestasi tahunan atau laporan berkala seperti pengesahan jawatan, kemasukan ke jawatan berpencen, kenaikan gaji, cuti dan sebagainya.

1.3.   Kewangan dan Akaun.

1.3.1.           Menyelenggarakan kutipan yuran-yuran dan tabung sekolah.

1.3.2.           Merancang dan menyelenggarakan perbelanjaan dan pembayaran bagi belanjawan tahunan.

1.3.3.           Menyelenggara tender dan sebut harga sekolah.

1.3.4.           Menyemak dan mengemaskini akaun-akaun serta pengauditan sekolah.

1.3.5.           Menyelenggara buku-buku stok harta modal, inventori dan bekalan pejabat.

1.4.   Kurikulum.

1.4.1.           Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum sekolah berasaskan kepada peraturan Kursus Pengajian Sekolah.

1.4.2.           Merancang dan menentukan pembinaan dan pelaksanaan jadual waktu induk, guru, dan kelas serta jadual guru ganti.

1.4.3.           Mengajar sekurang-kurangnya 6 waktu dalam bidang kelayakan sendiri.

1.4.4.           Mengurus dan menyelaras supaya berbagai rancangan pendidikan dilaksanakan dengan sempurna.

1.4.5.           Mengagihkan beban tugas mengajar serta membuat keputusan bagi pelantikan guru-guru dalam beberapa bidang tugas termasuklah pengawas-pengawas perjalanan panitia mata pelajaran, guru kanan mata pelajaran, memberi nasihat serta menggerakkan guru-guru untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih cekap dan sebagainya.

1.4.6.           Menyelaras dan mengkaji rancangan-rancangan pengajaran guru serta menyemak buku rekod guru dan kerja hariannya.

1.4.7.           Merancang perkembangan pusat sumber sekolah dan menggalakkan murid dalam bacaan tambahan.

1.4.8.           Merancang dan menyelaras proses penilaian melalui ujian dan peperiksaan serta membuat keputusan untuk mengubahsuaikan program pendidikan.

1.4.9.           Membuat laporan berkala dan tahunan sekolah.

1.5.   Hal Ehwal Murid.

1.5.1.           Merancang dan menentukan bidang tugas guru-guru dalam urusan hal ehwal murid.

1.5.2.           Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam meningkatkan sahsiah murid-murid.

1.5.3.           Menyediakan suatu suasana ceria bagi membolehkan perkembangan rohani dan emosi murid mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

1.5.4.           Menyelia dan memastikan murid dalam keadaan selamat dan berdisiplin melalui institusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid.

1.6.   Kokurikulum.

1.6.1.           Menentukan jenis-jenis aktiviti kokurikulum dan menggalakkan penglibatan murid dalam persatuan, kelab dan unit beruniform di sekolah.

1.6.2.           Mengagihkan beban tugas mengurus aktiviti kokurikulum serta membuat keputusan bagi pelantikan guru-guru rumah, guru permainan, setiausaha sukan, dan sebagainya.

1.6.3.           Merancang, menentukan pembinaan dan pelaksanaan jadual waktu dan aktiviti kokurikulum.

1.6.4.           Merancang dan memastikan murid-murid sentiasa selamat dan mendapat kebenaran ibu bapa semasa menjalankan aktiviti kokurikulum sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

1.7.   Disiplin.

1.7.1.           Mengadakan dan menentukan pelaksanaan peraturan-peraturan sekolah serta mewujudkan taraf tata tertib yang tinggi.

1.7.2.           Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta.









1.8.   Kelas Pra Sekolah.

1.8.1            Mengawasi kelas pra sekolah seperti tanggungjawab terhadap kelas-kelas yang lain.

1.8.2            Menyediakan ruang/bilik darjah untuk kelas pra sekolah.

1.8.3            Menguruskan kemasukan dan pendaftaran kanak-kanak.

1.8.4            Mengawas penyediaan / pembelian peralatan di dalam dan di luar bilik darjah untuk aktiviti bimbingan dan asuhan.

1.8.5            Menguruskan kewangan pra sekolah.

1.8.6            Mengambil langkah-langkah serta mempastikan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.

1.8.7            Mempastikan keselamatan bilik darjah dan kemudahan fizikal pra sekolah.

1.8.8            Menguruskan penyediaan jadual waktu dan aktiviti dalam kelas pra sekolah.

1.8.9            Menyediakan pengurus dan penyediaan makanan untuk kanak-kanak pra sekolah.

1.8.10         Menguruskan hal perjawatan pembantu guru pra sekolah.

1.8.11         Mempastikan ada guru semasa ketiadaan guru pra sekolah.



1.9.   Menjalankan tugas-tugas lain dan tangungjawab yang diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak Darul Ridzuan atau wakilnya dari semasa ke semasa.



2.     GURU PENOLONG  KANAN (PENTADBIRAN).

2.1.   Menjalankan tugas Guru Besar apabila Guru Besar tiada di sekolah.

2.2.   Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi di dalam atau di luar sekolah.

2.3.   Membantu Guru Besar dalam urusan:

2.3.1.           Pembahagian tugas guru dan staf sokongan.

2.3.2.           Peperiksaan, kursus serta latihan guru dan staf sokongan.

2.3.3.           Kutipan data-data dan maklumat.

2.3.4.           Menyediakan takwim sekolah.

2.3.5.           Penyeliaan guru dan staf sokongan.

2.3.6.           Kewangan dan belanjawan sekolah.

2.3.7.           Kemudahan. keselamatan, fizikal dan keceriaan sekolah.



2.4.   Membantu Guru Besar dalam urusan kurikulum;

2.4.1.           Rancangan pelajaran tahunan dan harian.

2.4.2.           Panitia mata pelajaran.

2.4.3.           Teknologi pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah.

2.4.4.           Pengelolaan guru pelatih/praktikum.

2.4.5.           Jadual waktu induk, kelas, peribadi, ganti dan pelatih.

2.4.6.           Pendidikan Pemulihan.

2.4.7.           Program-program kurikulum yang lain.



2.5.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.



3.     GURU PENOLONG KANAN (HAL EHWAL MURID).

3.1.   Menjalankan tugas Guru Besar apabila Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) tiada di sekolah.

3.2.   Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi di dalam atau di luar sekolah.

3.3.   Membantu Guru Besar dalam urusan:

3.3.1.           Pendaftaran murid.

3.3.2.           Buku Jadual Kedatangan Murid.

3.3.3.           Kemasukan dan penempatan murid.

3.3.4.           Pertukaran murid masuk dan keluar.

3.3.5.           Surat akuan dan sijil-sijil murid.

3.3.6.           Kad-kad riwayat dan kad kesihatan murid.

3.3.7.           Keselamatan murid semasa di sekolah.

3.4.   Membantu Guru Besar dalam urusan Hal Ehwal Murid.

3.4.1.           Disiplin, bimbingan dan kaunseling.

3.4.2.           Pendidikan Pencegahan Dadah, dan Kesihatan .

3.4.3.           Kantin dan Amalan Makanan dan Pemakanan.

3.4.4.           Biasiswa, Bantuan dan Skim Pinjaman Buku Teks.

3.4.5.           Program-program Hal Ehwal Murid.

3.4.6.           Program Dakwah

3.5.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.



4.     GURU PENOLONG KANAN (KOKURIKULUM)

4.1.   Menjalankan tugas Guru Besar apabila Guru Besar, Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) tiada di sekolah.

4.2.   Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi di dalam atau di luar sekolah.

4.3.   Membantu Guru Besar dalam urusan:

4.3.1.           Belanjawan dan Pengurusan Kokurikulum.

4.3.2.           Keselamatan dalam kokurikulum

4.3.3.           Penerbitan-penerbitan sekolah.

4.3.4.           Perayaan-perayaan dan upacara-upacara sekolah.

4.3.5.           Alatan dan kemudahan kokurikulum.

4.3.6.           Rekod dan data kokurikulum.

4.3.7.           Latihan-latihan kokurikulum (guru dan murid).

4.3.8.           Latihan kebakaran dan kecemasan.



4.4.   Membantu Guru Besar dalam urusan kokurikulum:

4.4.1.           Aktiviti-aktiviti Kumpulan A – Unit Pasukan Beruniform.

4.4.2.           Aktiviti-aktiviti Kumpulan B – Persatuan Akademik.

4.4.3.           Aktiviti-aktiviti Kumpulan C – Kelab Sukan dan Permainan.

4.4.4.           Program-program Sukan Olahraga, Permainan, MSSPk dan MSSDK.

4.4.5.           Program-program Kokurikulum Akademik.

4.4.6.           Program-program Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

4.5.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.



5.     JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH.

5.1.   Menentukan perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah mengikut peraturan-peraturan kursus dan sukatan pelajaran yang ditetapkan.

5.2.   Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.

5.3.   Membincang, menimbangkan dan memberi bimbingan cara-cara bagaimana guru-guru mata pelajaran boleh dan dapat mengatasi masalah dan meningkatkan mutu kerja dalam bidang pengajaran dan pemelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.

5.4.   Menimbang dan memutuskan perkara-perkara yang berhubung dengan ujian dan peperiksaan.

5.4.1.           Bilangan ujian bagi satu-satu penggal persekolahan dan tarikh serta masa ujian tersebut perlu diadakan.

5.4.2.           Cara-cara ujian dan peperiksaan dijalankan.

5.4.3.           Menyemak dan menganalisa keputusan peperiksaan.

5.4.4.           Membincangkan cara-cara mengatasi segala kelemahan dalam ujian dan peperiksaan.

5.5.   Melaksanakan tugas-tugas lain yang difikirkan perlu bagi memastikan tercapainya matlamat sekolah seperti tercatat dalam “Blueprint/Program ke Arah Kecemerlangan”

5.6.   Menyediakan dan mengemaskinikan maklumat perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan dan kemajuan setiap orang murid.



6.     JAWATAN KUASA HAL EHWAL MURID SEKOLAH.

6.1.   Meneliti, memahami dan melaksanakan semua arahan-arahan yang berkaitan dengan disiplin, pencegahan dadah, bimbingan, kesihatan, SPBT, RMT, Projek Susu Sekolah, kantin dan keselamatan dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.2.   Mengawasi dan mengawal serta membaiki tahap disiplin murid atau memberi bimbingan untuk mengatasi masalah mereka secara peribadi.

6.3.   Memastikan murid-murid yang sepatutnya mendapat bantuan SPBT mendapat haknya dan memastikan buku-buku yang dipinjamkan itu dijaga dengan sebaik-baiknya.

6.4.   Memastikan murid-murid yang sepatutnya mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan Projek Susu Sekolah mendapat haknya dan memastikan makanan itu sesuai untuk dimakan mengikut menunya dan tidak tercemar semasa penyediaannya.

6.5.   Memastikan kebersihan makanan, tempat jualan makanan dan penyedia serta jurujual makanan sentiasa dalam keadaan terkawal kebersihannya.

6.6.   Memastikan murid-murid diajar, dilatih dan dibentuk supaya mereka boleh sentiasa dalam keadaan selamat semasa di sekolah.

6.7.   Mengadakan pelbagai kempen atau ceramah untuk menerapkan pembangunan manusia yang sihat kepada murid-murid.

6.8.   Meneliti serta prihatin kepada semua aduan guru, murid, ibu dan bapa murid mengenai perkara-perkara disiplin, kebersihan, bantuan dan keselamtan yang melibatkan murid.

6.9.   Berusaha menanam semangat patuh dan taat kepada undang-undang dan peraturan serta membimbing mereka mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi membolehkan mereka mempunyai sahsiah yang memberi manfaat kepada diri, masyarakat, negara dan agamanya.

6.10. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan pelaksanaan     

         program murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat

         sekeliling.

6.11. Mengadakan mesyuarat seperti yang ditakwimkan atau bila-bila masa yang memerlukan 

         keputusan penting bila timbul sesuatu kes yang mendesak untuk diselesaikan.



7.     JAWATAN KUASA KOKURIKULUM SEKOLAH

7.1.   Merancang, mengatur dan melaksanakan satu rancangan lengkap untuk aktiviti-aktiviti luar bilik darjah meliputi aktiviti unit beruniform, persatuan akademik dan rekreasi serta kelab sukan dan permainan.

7.2.   Meningkatkan kemahiran dan bakat murid melalui aktiviti-aktiviti latihan dan pertandingan.

7.3.   Mengatur, menguruskan dan mengiringi peserta-peserta mewakili sekolah dalam pertandingan, persembahan, latihan atau perkhemahan di peringkat kelompok, zon, daerah dan negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan jika perlu.

7.4.   Memastikan kehadiran ahli-ahli persatuan dan menjaga keselamatan dan disiplin ahli-ahli persatuan yang dipimpinnya.

7.5.   Menguruskan alat-alat dan pakaian kepada peserta atau pemain sekolah dan mengumpul serta menyimpan semula setelah digunakan.

7.6.   Mengatur rancangan lengkap termasuk kewangan bagi mengadakan Sukan Olahraga Tahunan.

7.7.   Membuat analisa dan mengesan kelemahan-kelemahan dan kemajauan-kemajuan, pencapaian  persatuan-persatuan aktiviti kokurikulum.

7.8.   Menyediakan laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti atau pertandingan-pertandingan sebaik sahaja aktiviti atau pertandingan selesai dijalankan.

7.9.   Menghadiri mesyuarat-mesyuarat atau kursus-kursus yang melibatkan aktiviti kokurikulum.

7.10. Bertanggungjawab untuk membina sifat-sifat mulia melalui penerapan nilai-nilai murni,

         semangat kesukanan dan kemahiran sosial kepada murid-murid.









8.     JAWATAN KUASA PUSAT SUMBER PENDIDIKAN SEKOLAH.

8.1.   Mengadakan satu badan pengawas perpustakaan yang terdiri daripada guru dan murid-murid.

8.2.   Mengatur penggunaan perpustakaan buku dan media untuk rujukan, ulangkaji, pinjaman buku-buku dan lain-lain penggunaan pusat sumber sekolah.

8.3.   Menjalankan penyelidikan meningkatkan lagi penggunaan perpustakaan buku dan media untuk keperluan murid-murid, guru dan staf sokongan.

8.4.   Membuat penilaian dan cadangan berhubung dengan pembelian buku-buku dan lain-lain bahan bacaan dan tayangan.

8.5.   Menghubungi mana-mana yayasan atau orang perseorangan serta dermawan-dermawan untuk mendapatkan derma atau sumbangan.

8.6.   Menyediakan undang-undang atau peraturan-peraturan perpustakaan sekolah dan memastikan pelaksanaannya.

8.7.   Mengadakan pameran-pameran atau lain-lain kegiatan yang berhubung dengan buku atau alat media.

8.8.   Bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan pusat sumber pada setiap masa.

8.9.   Mengawal dan mengemaskinikan stok-stok perpustakaan seperti mana yang diperlukan.



9.     PANITIA MATA PELAJARAN.

Berikut adalah  antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

9.1.   Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli.

9.2.   Menyediakan rancangan pelajaran untuk kedua-dua penggal dalam tahun persekolahan.

9.3.   Memilih buku kerja tambahan, buku-buku rujukan dan keperluan tambahan yang sesuai untuk kegunaan guru dan murid-murid atau dibekalkan kepada Pusat Sumber Sekolah dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah.

9.4.   Menyediakan Bank Soalan dan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu, mengumpulkan contoh-contoh soalan mata pelajaran berkenaan. 

9.5.   Mengkaji dan menganalisa  keputusan peperiksaan berasaskan sekolah khususnya Ujian Pencapaian Penggal 1 dan 2 serta mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pemelajaran.

9.6.   Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad-hoc’ jika perlu.

9.7.   Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan yang baru diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.

9.8.   Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan kokurikulum di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pemelajaran.

9.9.   Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia  di sekolah berhampiran atau sekawasan.

9.10.Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

9.11.Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang tertentu.



10.   GURU KELAS.

10.1.Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam        

buku Persediaan Mengajar masing-masing.

10.2.Merancang latihan krja rumah untuk murid-murid.

10.3.Memeriksa buku latihan dan buku kerja murid-murid.

10.4.Menyediakan soalan ujian bulanan dan menadakan ujian bulanan.

10.5.Menyediakan soalan-soalan peperiksaan serta memeriksa jawapannya, mengikut cara 

permarkahan yang ditentukan oleh sekolah.

10.6.Mengambil berat kemajuan akademik murid dalam kelasnya.

10.7.Bertanggungjawab terhadap kelasnya dari segi;

10.7.1.        Disiplin muridnya.

10.7.2.        Pakaian seragam.

10.7.3.        Kebersihan dan keceriaan kelasnya.

10.7.4.        Susunan perabaut kelasnya.

10.7.5.        Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelasnya.

10.8.            Mengisi butir-butir kemajuan akademik murid-muridnya dalam Buku Pelaporan dan juga dalam borang markah, ditandatangani oleh Guru Besar dan menguruskan tandatangan ibu, bapa atau penjaga melalui murid-murid dan dipungut kembali untuk disimpan.

10.9.Menyediakan dan mengisikan kad rekod sulit murid-murid (001R).

10.10.         Mendaftarkan murid masing-masing dalam buku kedatangan harian dan menyiapkan buku pendaftaran sekolah (rekod) dan seterusnya mengambil kedatangan harian murid kelas masing-masing.

10.11.         Menutupkira buku jadual kedatangan kelasnya tiap-tiap bulan.

10.12.         Menguruskan pengagihan buku SPBT dan borang-borang berhubung dengannya bagi kelaasnya.

10.13.         Mengeluarkan notis kepada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah sebagaimana dikehendaki oleh peraturan sekolah.

10.14.         Menjadi guru pengawas untuk kelasnya dan melaporkan kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh muridnya kepada Guru Pengawas , Guru Kanan dan/atau Guru Besar jika perlu.

10.15.         Menerima dan merekodkan markah daripada guru-guru mata pelajaran.

10.16.         Bagi guru-guru kelas Tahun 6, Guru Kelas juga terlibat dalam;

10.16.1.     Mengisi borang masuk peperiksaan UPSR.

10.16.2.     Memungut yuran peperiksaan.

10.16.3.     Menguruskan penyusunan bilik/dewan peperiksaan.

10.17.         Guru Kelas Tahun 6 juga terlibat menulis Sijil Tamat Sekolah Rendah dan Sijil Berhenti      Sekolah untuk murid-murid tahun 6.

10.18.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnya    dari semasa ke semasa.









11.   GURU MATA PELAJARAN.

11.1.Menyediakan rancangan pelajaran dan merekodkan pengajaran dalam buku Persediaan Mengajar

        masing-masing.

11.2.Merancang kerja arumah untuk murid-murid mengikut mata pelajaran yang diajarnya.

11.3.Memeriksa buku latihan, lembaran kerja daan buku kerja murid-muridnya.

11.4.Menyediakan soalan-soalan ujian bulanan dan mengadakan ujian bulanan bagi kelas yang diajarnya.

11.5.Menyediakan soalan-soalan ujian dan peperiksaan serta memeriksa jawapannya, mengikut cara

        pemeriksaan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

11.6.Mengambil berat kemajuan akademik mata pelaran yang diajarnya.

11.7.Bertanggungjawab bersama guru kelas bagi menjaga disiplin murid dan kceriaan kelas yang diajarnya.

11.8.Menyediakan rekod akademik murid yang diajarnya dan menyerahkan keputusan kepada guru kelas atau pihak sekolah, mengikut yang diaraahkan.

11.9.Membantu guru kelas dalam menyelia kesempurnaan buku-buku SPBT.

11.10.         Membantu guru kelas dalam mengadakan kelas-kelas tambahan bagi meningkatkan

                pencapaian akademik sekolah.

11.11.         Menjalankan rugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnyaa dari  semasa ke semasa.



12.   GURU KELAS PEMULIHAN.

12.1.Menjalankan kelas mengajar murid-murid yang lambat pembelajaran dari kelas-kelas Tahap 1 dan murid-murid yang belum menguasai 3M/2M yang seharusnya dicapai, dari kelas-kelas Tahap 2.

12.2.Mengajar di kelas-kelas pemulihan sahaja kecuali suasana keadaan  mendesak dan terpaksa mengajar kelas-kelas lain.

12.3.Mengubahsuai sukatan pelajaran mengikut keperluan murid.

12.4.Berjumpa dan berbincang dengan ibu, bapa atau penjaga murid supaya beliau memahami keadaan murid dengan lebih mendalam.

12.5.Memberi ujian selain dari ujian penggal atau bulanan.

12.6.Menyimpan rekod murud-murid dengan rapi mengenai;

12.6.1.        Latar Belakang Murid.

12.6.2.        Laporan Kesihatan Murid.

12.6.3.        Kemajuan murid berdasarkan kerja harian.

12.7.Berbincang dengan guru-guru kelas/mata pelajaran berkenaan satu-satu mata pelajaran supaya latihan dan aktiviti yang diberikan adalah sentiasa berkait rapat dengan murid lain       di dalam kelas.

12.8.Guru Pemulihan hendaklah mematuhi masa bertugas sebagaimana yang dikuatkuasakan oleh sekolah sama seperti guru-guru lain.

12.9.Guru Pemulihan hendaklah menyediakan ringkasan mengajar, Rancangan Pelajaran, dan jadual kedatangan dan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk diperiksa.

12.10.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa.



13.   GURU KELAS PRA SEKOLAH.

13.1.Menjadi pendidik, pembimbing daan pengasuh kanak-kanak dan menggantikan peranan ibu bapa serta menjadi model yang baik.

13.2.Memberi ransangan aktiviti kokurikulum sama ada secara langsung atau tidaak lanagsung supaya kanak-kanak mendapat berbagai pengalaman melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.

13.3.Menjadi pengawas kelas Pra Sekolah.

13.3.1.        Mendaftar kehadiran kanak-kanak setiap hari di kelas pra sekolah.

13.3.2.        Mengemaskini profil kanak-kanak dari aspek fizikal kesihatan dan kemajuan.

13.3.3.        Menyediakan menu makanan kanak-kanak.

13.3.4.        merancang dan menguruskan keperluan kelas pra sekolah.

13.3.5.        Bertanggungjawab dengan peralatan dalam bilik darjah dan keselamatan kanak-kanak.

13.3.6.        Membimbing pengasuh kanak-kanak dalam melaksanakan peranan dalam dan luar bilik darjah.

13.3.7.        Bekerjasama dengan masyarakat, ibu bapa dan AJK Kelas Pra Sekolah.

13.3.8.        Menghubungi pelbagai agensi melalui Guru Besar untuk mendapat kerjasama.

13.3.9.        Membuat susulan ke rumah kanak-kanak jika diperlukan.

13.4.Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa.



 

14.   PEMBANTU TADBIR (Perkeranian/Operasi) Gred N17

MASA BERTUGAS:   Isnin – Khamis:       8.00 pagi – 01.00 th.               2.00 ptg. – 5.00 ptg.

                                        Jumaat:                    8.00 pagi – 12.15 th                                2.45 ptg. – 5.00 ptg.



14.1. Urusan Kewangan.

                Bertanggungjawab kepada Guru Besar dan Guru Kanan mengenai perkara-perkara berikut:

14.1.1.        Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan.

                14.1.1.1. Menyediakan anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan Akaun

                                Kerajaan dan SUWA.

                14.1.1.2. Mendapatkan Anggaran Perbelanjaan dari Ketua Panitia.

14.1.2.        Buku Tunai Kerajaan dan SUWA.

                14.1.2.1. Menguruskan Buku Tunai Kerajaan dan SUWA.

                14.1.2.2. Menyelenggarakan Buku Akaun Subsidiari.

                14.1.2.3. Mengemaskini PATSKOM.

                14.1.2.4. Menyediakan Penyata Akaun yang belum diaudit.









14.1.3.        Gaji dan Elaun.

                14.1.3.1. Menyediakan Perubahan Gaji (SG20) dan Baucar Gaji.

                14.1.3.2. Menyediakan Baucar Tuntutan Elaun-elaun dalam Perkhidmatan

                                dan Perjalanan.

                14.1.3.3. Menyediakan Sijil Gaji Akhir.

                14.1.3.4. Menyelenggara Buku Rekod Gaji dan Perubahan Gaji.

                14.1.3.5. Menyelenggara Buku Rekod Daftar Baucar dan Cek.

                14.1.3.6. Urusan Pendahuluan Gaji dan Lebihan Bayaran.

14.1.4.        Penerimaan dan Kutipan Hasil.

                14.1.4.1. Menyelenggara Buku Rekod Daftar Resit.

                14.1.4.2. Menerima Yuran Sekolah dan Kutipan Lain-lain.

                14.1.4.3. Mengeluar Resit Rasmi Penerimaan.

                14.1.4.4. Menyelenggara Rekod Serahan Kutipan.

14.1.5.        Pembelian dan Pembayaran.

                14.1.5.1. Menyelenggara Pesanan Tempatan.

                14.1.5.2. Menyelenggara Buku rekod Daftar Bil.

                14.1.5.3. Menyelenggara Buku Rekod Daftar Cek Batal.

14.1.6.        Pentadbiran Am, Stok dan Inventori.

                14.1.6.1. Merekod Daftar-daftar Aset.

                14.1.6.2. Urusan Kehilaangan, Pelupusan dan Hapus Kira.

                14.1.6.3. Urusan Insurans, Biasiswa Pelajar.

14.1.7.        Lain-lain Tugas Rasmi yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Pengurusan.



14.2. Urusan Perkhidmatan dan Perjawatan.

                Bertanggungjawab kepada Guru Besar dan Guru-guru Kanan mengenai perkara berikut.

                14.2.1.     Pentadbiran Am dan Rekod.

                                14.2.1.1. Urusan Perkhidmatan Kaunter dan Telefon.

                                14.2.1.2. Urusan Surat Menyurat.

                                14.2.1.3. Urusan Penyelenggaraan Fail.

                                14.2.1.4. Mengenaskini Data EMIS.

                                14.2.1.5. Mengemaskini Retan Perjawatan.

                14.2.2.     Perkhidmatan dan Perjawatan.

                                14.2.2.1. Memproses Urusan Pelantikan Tetap/Kontrak, Pengesahan Dalam

                                               Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Perlanjutan Tempoh Percubaan,                                                    

                                               Pelepasan Jawatan, Perletakan Jawatan dan Penamatan Jawatan.

                                14.2.2.2. Urusan Permohonan Guru Ganti dan GSTT.

                                14.2.2.3. Penyediaan Laporan Perubahan (Kew. 8).

                                14.2.2.4. Memproses Borang tanggung Kerja, Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat.

                                14.2.2.5. Memproses Borang Permohonan semua jenis Cuti dan Mengemaskinikan

                                                Rekod Cuti.

                                14.2.2.6. Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan Pendua.

                                14.2.2.7. Memproses Borang Permohonan Pertukaran Guru dan Bukan Guru.

                                14.2.2.8. Memproses Permohonan semua Jenis Kursus, Melanjut Pelajaran, Lawatan,

                                                Membuat Kerja Sambilan dan Cuti.

                                14.2.2.9.  Memproses Urusan dan menyelenggarakan Rekod BISP.

                                14.2.2.10. Memproses Borang Permohonan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan.

                                14.2.2.11. Memproses Borang Penyerahan Tugas.

                                14.2.2.12. Urusan Persaraan. 



14.3. Urusan Bahagian Murid.

14.3.1.        Membuat pendaftaran murid masuk sekolah dengan lengkap.

14.3.2.        Mengeluarkan sijil-sijil dan menyerahkan kepada guru berkenaan.

14.3.3.        Mengisi borang pertukaran keluar murid dan menerima borang pertukaran masuk murid.

14.3.4.        Mengurus surat berdaftar murid.

14.3.5.        Menyediakan penyata akaun untuk diaudit dalam perkara yang ada kaitan dengan murid.



14.4. Menjalankan lain-lain tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke

         semasa





15.   PEMBANTU PENGURUSAN MURID Gred N17.

                WAKTU BERTUGAS:        Isnin – Khamis        06.45 pg. –  03.00 ptg.

                                                                Jumaat                     06.45 pg. –  12.15 th.

                Bertanggungjawab kepada Guru Besar, Guru-guru Kanan, Guru Prasekolah dan Pembantu Tadbir berkaitan      urusan:

15.1. Pentadbiran Kelas Prasekolah.

15.1.1.        Membantu Guru mendaftar kehadiran murid-murid Prasekolah setiap hari.

15.1.2.        Membantu Guru membuat Inventori Peralatan dan Bahan di dalam Kelas Prasekolah.

15.1.3.        Melaksanakan Tugas dalam Urusan Surat Menyurat yang berkaitan dengan Prasekolah.

15.1.4.        Merekodkan Pembelian Bahan dan Peralatan Prasekolah.

15.1.5.        Mengemaskinikan Data dan Maklumat bagi murid-murid Prasekolah.

15.1.6.        Menguruskan Pendaftaran murid-murid Prasekolah.

15.1.7.        Menghubungi Agensi-agensi Lain atau Pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan Prasekolah.

15.1.8.        Membantu Guru membuat susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.

15.1.9.        Membantu Guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan Prasekolah.

15.1.10.     Merekodkan Perbelanjaan dan Sumbangan yang diterima untuk Prasekolah.



                15.2.        Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah..

                                15.2.1.     Membantu Guru Prasekolah merancang Aktiviti Bimbingan dan Asuhan.

                                15.2.2.     Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi

                                                meransang Bimbingan dan Asuhan.

                                15.2.3.     Membantu mewujudkan dan meransang Naluri Ingin Tahu, minat untuk meneroka dan

                                                menjelajah di kalangan murid-murid Prasekolah.

                                15.2.4.     Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid Prasekolah supaya sedia

                                                belajar.

                                15.2.5.     Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan

                                                keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid Prasekolah.

                                15.2.6.    



                15.3.        Semasa Kelas Harian.



1.3.   Selepas Kelas Harian.

15.4.1.        Memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

15.4.2.        Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

15.4.3.        Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

15.4.4.        Mengemas bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain selepas kelas seperti menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

15.4.5.        Membantu Guru Pra Sekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.

15.4.6.        Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas pra sekolah.

15.4.7.        Merekodkan pembelian bahan dan peralatan pra sekolah.

15.4.8.        Melaksanakan tugas daalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan pra sekolah.

15.4.9.        Membantu Guru Pra Sekolah menyediakan bahan-bahan bercetak yang berkaitan dengan pra sekolah.

15.4.10.     Membantu  Guru Pra Sekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran pra sekolah.

15.4.11.     Membantu Guru Pra Sekolah membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid-murid yang bermasalah.

15.4.12.     Membantu Guru Pra Sekolah dalam menguruskan akaun dan perkara yanag berkaitan dengan kewangan pra sekolah.

15.4.13.     Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk pra sekolah.

15.5.            Semasa Cuti Persekolahan.

15.5.1.        Merekodkan pembelian bahan dan peralatan pra sekolah.

15.5.2.        Membantu Guru Pra Sekolah merancang aktiviti bimbingan daan asuhan.

15.5.3.        Membantu Guru Pra Sekolah membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas pra sekolah.

15.5.4.        Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan pra sekolah.

15.5.5.        Membantu Guru Pra Sekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan perbelanjaan pra sekolah.

15.5.6.        Membantu Guru Pra Sekolah menyediakan bahan-bahan bercetak yang berlaitan dengan pra sekolah.

15.5.7.        Membantu Guru Pra Sekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan pra sekolah di dalam dan di luar kelas.

15.5.8.        Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

15.6.        Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa.