FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MATLAMAT
PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
“Supaya setiap
orang pelajar dapat menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran, dapat
berfungsi secara berkesan dan produktif terhadap kemajuan diri, perpaduan
rakyat dan terhadap proses permodenan dan perindustrian negara. Matlamat ini
dicirikan dengan kategori perkembangan diri yang ditujukan kepada kerohanian,
pemikiran dan penakkulan, kesejahteraan diri, kemahiran hidup, rekreasi, daya
kreatif/daya cipta dan sikap positif.
Orientasi
kepada masyarakat ditujukan kepada; masyarakat kemahiran berinteraksi, politik,
perpaduan negara, sosio-budaya dan alam semulajadi, ekonomi dan modenisasi.
FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM.
Pendidikan
Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
IKRAR
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.
Kami, yang telah dilantik berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa, semasa dan selagi kami
berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami:
Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan.
Bekerja
dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha
mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat
dengan muhibbah dan kemesraan.
Bekerja
ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Bekerjasama
dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Berpegang
teguh kepada ajaran agama.
TERAS
PERKHIDMATAN CEMERLANG.
Ø
Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan.
Ø
Bekerja
penuh tanggungjawab.
Ø
Usaha
mengikis sikap mementingkan diri.
Ø
Berkhidmat
dengan muhibbah dan kemesraan.
Ø
Bekerja
ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Ø
Bekerjasama
dengan membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Ø
Berpegang
teguh kepada ajaran agama.
ETIKA
KERJA ISLAM.
v Bekerja dengan azam mengabdikan diri
kepada Allah.
v Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
v Bekerja dengan bergotong-royong dan
berpadu fikiran.
v Bekerja dengan matlamat kebahagian manusia
sejagat.