SEJARAH SKSY

Sejarah Kewujudan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf telah ditubuhkan pada tahun 1907 sebagai sekolah persendirian Inggeris yang tunggal di daerah Batu Gajah. Bangunan asal sekolah tersebut terletak di Jalan Mat Saman dan telah didirikan oleh seorang dermawan yang terkemuka yang bernama En. K.Malaipermal Pillai. Ketika itu, murid-murid sekolah ini hanya terdiri daripada anak-anak jiran beliau.
Sejak sekolah ini ditubuhkan beberapa kemajuan telah dicapai dengan pesat, ini menyebabkan pada 4hb Ogos 1910 sekolah ini telah diberi nama 'Government English School, Batu Gajah dibawah kelolaan En. J.H.D. Oliveire Sekolah Anderson Ipoh.
Pada peringkat permulaan, hanya terdapat enam buah kelas sahaja di sekolah ini iaitu dari darjah satu hingga darjah enam. Pada tahun 1913, En. W.D.A. Reval pula menjadi Guru Besar di sekolah ini, mengantikan En. J.H.D. Olivero dengan dibantu oleh En. Gopal Singh sebagai penolongnya. Oleh kerana usaha yang gigih dari guru-guru, ibubapa dan penjaga murid-murid maka sekolah ini telah meningkat pencapaianya dari semasa ke semasa terutama dalam bidang pelajaran dan sukan. Pada tahun 1927, En. W.D.A. Reval telah bersara. Tugas tersebut telah diambil oleh Tuan Syed Shaidali. Beliau telah bertugas di sini selama 20 tahun. Semasa beliau berkhidmat di sekolah ini banyak sumbangan beliau bagi memajukan murid-muridnya dalam pelbagai bidang.
Bilangan guru-guru dan murid-murid mengikut darjah dalam pemerintahan Jepun tidak dapat dikesan kerana tidak ada dalam rekod. Sumber tradisi lisan yang boleh dipercayai menyatakan sekolah ini pernah dijadikan sekolah Bahasa Jepun, " NIPPONGO GAKKo" yang ditadbirkan sendiri oleh tentera Jepun.
Pada Tahun 1947, Tuan Syed Shaidali telah bersara. Tempat beliau telah digantikan oleh En. V. Arumukham dari Sekolah Clifford Kuala Kangsar dan En. Victor Duray dari Sekolah Enggeris Kerajaan, Tapah. Sejak dari tahun 1950 lagi sekolah ini terpaksa menyewa bangunan di sekitar daerah Batu Gajah untuk menampung masalah kekurangan bilik darjah. Jarak kedudukan antara satu bangunan lain adalah kira-kira setengah batu ke satu batu.
Pada tahun 1954 sebuah bangunan baru telah didirikan, tapaknya tidak berapa jauh dengan bangunan yang ada dan dirasmikan pembukaannya oleh Duli Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yussuf iaitu Sultan Perak pada masa itu. Sempena istiadat perasmian tersebut sekolah ini diberi nama ' Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah kerana mengikut nama baginda sendiri.
Pada Tahun 1954 En. Victor Duray telah bersara dan tempatnya diambil ali oleh En. Brian Smith dan kemudiannya pula En. Yong Khee Hong.
Dala tahun 1958, nerikutan sistem Penyata Razak yang baru diperkenalkan, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua peringkat, pertama, peringkat rendah, dan kedua peringkat menengah. Sekolah rendah telah diubah kepada 'National Type Primary School Batu Gajah' dan akhirnya sejajajr dengan kehendak dasar pelajaran tersebut, sekali lagi berlaku perubahan nama sekolah kepada ' Sekolah Kebangsaan SultanYussuf, Batu Gajah. Sekolah menengah pula menjadi Sekolah menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah. Oleh kerana pertambahan jumlah bilangan murid, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah bermurah hati mendirikan dua buah bangunan sementara pada tahun 1963 dan tahun 1964.
Sekolah-sekoah ini terbahagi kepada dan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf yang pertama ialah En. Chin Chee Cheong dan beliau hanya sempat memegang jawatan tersebut selama setahun sahaja sebelum beliau bersara. Berikut adalah nama-nama guru-guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini mulai tahun 1958 sehingga 2009:

1)
EN CHIN CHEE CHEON
01/051958
HINGGA
09/06/1959
2)
EN BHAGWAN SINGH
10/06/1959
HINGGA
31/08/1960
3)
EN IBRAHIM ALI MEORAPILLAI
01/09/1960
HINGGA
28/02/1967
4)
PN LEE WAN SING
01/03/1967
HINGGA
31/12/1967
5)
EN HARI SINGH
01/01/1968
HINGGA
31/12/1972
6)
PN M.MACHADO
01/01/1973
HINGGA
18/10/1979
7)
EN M. ARUPUTHAM
18/10/1979
HINGGA
15/02/1980
8)
EN ABDULLAH B MD. RAWI
15/02/1980
HINGGA
30/04/1980
9)
EN MOHD TAIB B LAJUMAN
01/05/1980
HINGGA
04/08/1983
10)
EN ZAINUDDIN B SHAMSUDDIN PJK.PSP
05/08/1983
HINGGA
23/01/1984
11)
EN ABDUL RAHMAN B MOHAMED
24/01/1984
HINGGA
31/05/1985
12)
EN NOR RAHMAT B MOHAMED
01/06/1985
HINGGA
15/05/1989
13)
EN TALHA B ABD KARIM PPT
16/05/1989
HINGGA
15/06/1990
14)
EN FAHMI B HASHIM PJK
16/06/1990
HINGGA
05/06/1992
15)
EN BAHTAM @BAHTOM B BISTAMON
16/06/1992
HINGGA
15/09/1995
16)
EN CHE ROSLI B HJ IBRAHIM
16/09/1995
HINGGA
19/12/2003
17)
Y.M. RAJA AHMAD SHAH BIN RAJA SHAHRUZZAMAN
20/12/2003
HINGGA
15/12/2008
18)
TN SAID MUN BIN SAID WOK
16/12/2008
HINGGA
01/01/2011
19)
EN. MAT HUSSAIN BIN LATEH
03/03/2011
HINGGA
31/03/2012
20)
EN. ANUWAR BIN AMIR HASSAN
01/04/2012