PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM PELANGGAN





Kami guru-guru dan kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan berusaha gigih menumpukan perhatian dan komitmen kami ke arah :



·                     Memastikan semua kelengkapan, peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan sewajarnya serta mencukupi.

·                     Memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dalam iklim persekolahan yang damai, kondusif, bersemangat dan aktif.

·                     Memastikan murid-murid dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

·                     Mengamalkan sikap penyayang dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa.

·                     Memupuk hubungan yang harmonis, berbaik-baik sangka dan bermuafakat dengan ibu bapa, pegawai-pegawai dan ahli masyarakat yang berurusan dengan pihak sekolah.

·                     Memastikan pihak sekolah sentiasa peka dan responsif kepada pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang ceria dan menyenangkan.

·                     Menerima segala pandangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan.

·                     Menjalin persefahaman dan hubungan positif dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah-sekolah dan agensi-agensi lain dalam usaha melaksanakan pelbagai program, aktiviti dan kehendak arus perdana pendidikan semasa.