Tuesday 31 July 2012

Salam Sejahtera
Pada 31 Julai 2012, Guru Besar SK Sultan Yussuf dengan sukarela telah menjadi mentor dan penceramah bagi program tahap 1. Program yang dijalankan ini adalah sebagai langkah bagi permulaan dalam kaedah matematik.



Untuk tatapan galeri aktiviti ini sila klik link dibawah

Wednesday 18 July 2012

Pembinaan Padang Baharu

Salam sejahtera.
Untuk makluman pihak luar, padang SK Sultan Yussuf tidak dapat digunakan sehingga tahun hadapan. Mengikut anggaran padang tersebut boleh digunakan selapas bulan April 2013. Jadi segala aktiviti berkaitan dengan padang haruslah mengikut kreativiti guru-guru. Contohnya jika guru ingin mengajar matapelajaran pendidikan jasmani, mereka kena menggunakan tapak perhimpunan dan juga tapak letak kenderaan sebagai alternatif tempat untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Diharapkan segala kerja pembinaan padang berjalan dengan lancar agar warga sekolah dapat menggunakan padang tersebut mengikut jadual yang telah dijalankan.
Untuk melihat gambar padang. sila klik link ini 
http://s1072.photobucket.com/albums/w363/kosksy/Kokurikulum/PADANG/

Saturday 14 July 2012

Dasar 1Murid 1Sukan


Pada 10 Julai 2012 SK Sultan Yussuf telah menganjurkan aktiviti senamrobik dan juga larian merentas desa. Aktiviti ini dianjurkan dikawasan padang Kg Ara Payung. Manakala larian merentas desa hanya melalui jalan-jalan sekitar Kg Ara Payung sahaja. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak terutama usaha dari guru-guru SK Sultan Yussuf. Aktiviti ini melibatkan semua pihak termasuk pendidikan khas dan juga pra sekolah. Terima kasih diucapkan atas segala kerjasama dari semua pihak. Untuk melihat lebih lagi gambar aktiviti ini sila klik link di bawah.

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti su

Monday 9 July 2012

MAKLUMAN : SECURITY ALERT NOTIFICATION - MALWARE ALERT :"DNSCHANGER"


MAKLUMAN : SECURITY ALERT NOTIFICATION - MALWARE ALERT :"DNSCHANGER"

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak BPM adalah menerima amaran keselamatan internet berkenaan MALWARE ALERT :”DNSCHANGER” yang dijangka berlaku pada 9 Julai 2012.  
3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diminta melakukan semakan pada komputer pada hari berkenaan seperti arahan dibawah. Sebarang bantuan teknikal sila menghubungi Helpdesk BPM di talian 03-8884 3752 / 3717.

E-Operasi

Panduan untuk mendaftar e-operasi http://apps.moe.gov.my/eoperasi/