Sunday 17 November 2013

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Pihak sekolah SK Sultan Yussuf ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan murid-murid dalam UPSR pada tahun 2013. Pada tahun 2013, seramai 16 orang murid yang telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A bagu semua matapelajaran.Ucapan guru besar akan di postkan kemudian.

Monday 3 September 2012

Persembahan Murid Di Ambang Merdeka

AMBANG MERDEKA 2012

Pada 30 Ogos 2012, SK Sultan Yussuf telah mengadakan satu majlis di Ambang Kemerdekaan sempena menyambut hari merdeka yang ke 55 bagi Negara Malaysia.

Bagi yang ingin melihat gambar yang selebihnya sila klik link di bawah...
http://s756.photobucket.com/albums/xx208/sksultanyussuf/DI%20AMBANG%20MERDEKA%202012/




Tuesday 31 July 2012

Salam Sejahtera
Pada 31 Julai 2012, Guru Besar SK Sultan Yussuf dengan sukarela telah menjadi mentor dan penceramah bagi program tahap 1. Program yang dijalankan ini adalah sebagai langkah bagi permulaan dalam kaedah matematik.



Untuk tatapan galeri aktiviti ini sila klik link dibawah

Wednesday 18 July 2012

Pembinaan Padang Baharu

Salam sejahtera.
Untuk makluman pihak luar, padang SK Sultan Yussuf tidak dapat digunakan sehingga tahun hadapan. Mengikut anggaran padang tersebut boleh digunakan selapas bulan April 2013. Jadi segala aktiviti berkaitan dengan padang haruslah mengikut kreativiti guru-guru. Contohnya jika guru ingin mengajar matapelajaran pendidikan jasmani, mereka kena menggunakan tapak perhimpunan dan juga tapak letak kenderaan sebagai alternatif tempat untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Diharapkan segala kerja pembinaan padang berjalan dengan lancar agar warga sekolah dapat menggunakan padang tersebut mengikut jadual yang telah dijalankan.
Untuk melihat gambar padang. sila klik link ini 
http://s1072.photobucket.com/albums/w363/kosksy/Kokurikulum/PADANG/